Rabu, 14 Oktober 2009

membuat keputusan

Perkara pokok yang menyulitkan kita ialah membuat keputusan telus dan tepat. Hal ini sering terjadi kepada bakal usahawan dan juga usahawan yang telah berjaya. Bukan mudah untuk membuat keputusan dengan tepat kerana keputusan yang kita ambil melibatkan risiko-risiko yang kita tidak terduga. Pelbagai pendekatan boleh dilakukan sebelum membuat keputusan. Kita harus meneliti kesan kepada keputusan yang bakal kita ambil.
Justeru kita disarankan untuk melakukan kajian terlebih dahulu secara menyeluruh termasuklah risiko-risiko yang bakal kita hadapi melalui keputusan yang telah kita lakukan. Biasanya sebelum membuat keputusan, sesebuah syarikat atau perniagaan akan mengadakan ‘meeting’ terlebih dahulu. Selepas mendengar pelbagai cadangan barulah sesuatu keputusan akan dibuat. Namun menjadi persoalannya, bagaimanakah jika usahawan perseorangan tanpa melibatkan keputusan daripada rakan kongsi mahupun pekerja bawahan kita?

Sebagai usahawan yang mula menjalankan perniagaan, kita bolehlah mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan ataupun keluarga terdekat. Pendekatan ini penting kerana pandangan mereka dari sudut pengguna sangat berguna kepada perkembangan perniagaan kita. Selain itu, pendekatan yang ‘famous’ sering dilakukan oleh ramai usahawan ialah pendekatan ‘imaginasi plan’. Pendekatan ini amat mudah dilaksanakan kerana ianya hanya melibatkan kita dan otak kita yang bermaginasi untuk membuat keputusan.

Kita boleh berimaginasi seperti di dalam bilik mesyuarat dengan meletakkan di setiap sudut meja terdapat tokoh-tokoh yang telah berjaya sedang memberikan pandangan dari sudut perniagaan mereka. oleh itu, sebelum memilih tokoh-tokoh terbabit, kita haruslah membuat kajian dan pentelidikan terhadap profail tokoh berkenaan termasuklah cara pemikiran dan ‘bussiness plan’ yang mereka laksanakan. Dengan itu mudahlah untuk kita membuat keputusan yang lebih telus dan tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan