Rabu, 14 Oktober 2009

membuat keputusan

Perkara pokok yang menyulitkan kita ialah membuat keputusan telus dan tepat. Hal ini sering terjadi kepada bakal usahawan dan juga usahawan yang telah berjaya. Bukan mudah untuk membuat keputusan dengan tepat kerana keputusan yang kita ambil melibatkan risiko-risiko yang kita tidak terduga. Pelbagai pendekatan boleh dilakukan sebelum membuat keputusan. Kita harus meneliti kesan kepada keputusan yang bakal kita ambil.
Justeru kita disarankan untuk melakukan kajian terlebih dahulu secara menyeluruh termasuklah risiko-risiko yang bakal kita hadapi melalui keputusan yang telah kita lakukan. Biasanya sebelum membuat keputusan, sesebuah syarikat atau perniagaan akan mengadakan ‘meeting’ terlebih dahulu. Selepas mendengar pelbagai cadangan barulah sesuatu keputusan akan dibuat. Namun menjadi persoalannya, bagaimanakah jika usahawan perseorangan tanpa melibatkan keputusan daripada rakan kongsi mahupun pekerja bawahan kita?

Sebagai usahawan yang mula menjalankan perniagaan, kita bolehlah mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan ataupun keluarga terdekat. Pendekatan ini penting kerana pandangan mereka dari sudut pengguna sangat berguna kepada perkembangan perniagaan kita. Selain itu, pendekatan yang ‘famous’ sering dilakukan oleh ramai usahawan ialah pendekatan ‘imaginasi plan’. Pendekatan ini amat mudah dilaksanakan kerana ianya hanya melibatkan kita dan otak kita yang bermaginasi untuk membuat keputusan.

Kita boleh berimaginasi seperti di dalam bilik mesyuarat dengan meletakkan di setiap sudut meja terdapat tokoh-tokoh yang telah berjaya sedang memberikan pandangan dari sudut perniagaan mereka. oleh itu, sebelum memilih tokoh-tokoh terbabit, kita haruslah membuat kajian dan pentelidikan terhadap profail tokoh berkenaan termasuklah cara pemikiran dan ‘bussiness plan’ yang mereka laksanakan. Dengan itu mudahlah untuk kita membuat keputusan yang lebih telus dan tepat.

Isnin, 12 Oktober 2009

tahap 1 memulakan perniagaan

perkara yang sering menjadi tajuk utama 'bermain' difikiran bakal usahawan ialah 'bagaimana langkah 1st untuk menjalankan perniagaan yang telah dirancang?". biasanya kita memulakan perniagaan yang telah sedia ada dipasaran perniagaan. sebagai contoh, kita ingin menjalankan perniagaan restoran, namun perniagaan ini tumbuh bak cendawan dan mereka inilah persaingan kita kelak. so, untuk merancangan perniagaan pada tahap awal, perkara yang utama yang harus kita laksanakan iaitu:-
  1. pemilihan lokasi yang strategi; pastikan mudah dikunjungi, kemudahan parking yang banyak, menjadi tumpuan ramai pengunjung. selain itu pastikan, perniagaan tidak menghadap arah matahari terbenam..ini kerana cuaca panas akan menyinari segenap ruang perniagaan kita. justeru akan memberi kesan kepada persekitaran yang kurang selesa spt panas.
  2. melakukan kajian terhadap persaingan yang telah sedia ada; melakukan kajian dari segi kekuatan dan kelemahan persaingan agar kita dapat menjalankan perniagaan yang bakal kita laksanakan lebih baik daripada perniagaan yang sedia ada.

....bersambung...

Usahawan Berjaya

menjadi impian kita untuk menjadi usahawan yang berjaya..namun perkara yang sering bermain difikiran kita adalah risiko yang bakal kita hadapi yang memungkinkan kita sukar mencapai apa yang kita harapkan.. kata pepatah usahawan berjaya dunia "tanpa risiko, tiada keuntungan". risiko sebenarnya adalah pemangkin kepada keuntungan kita.. melalui risiko jugalah kita akan sentiasa mencari jalan untuk menstabilkan seterusnya menambahkan pendapatan kita...